Pemimpin Pas minta Umno dan Pas saling berkorban demi kemenangan bersama

KUALA KANGSAR – Ahli Parlimen Pokok Sena Datuk Mahfuz Omar berkata masih belum terlambat bagi Pas dan Umno/Barisan Nasional untuk saling berkorban demi kepentingan bersama pada pilihan raya kecil Parlimen Kuala Kangsar dan Sungai Besar,  Sabtu ini.

maxresdefault (6)Mahfuz berkata sebagai permulaan, dua PRK  terbabit boleh dijadikan sebagai medan permulaan memulakan kerjasama tersebut.

Justeru, beliau mencadangkan,  Pas dan Umno perlu membuat kesepakatan dengan mengorbankan satu kerusi PRK yang ditandingi kali ini.

Pas boleh sebagai contoh membuat pengisytiharan untuk menarik diri dan melepaskan kerusi Sungai  Besar untuk Umno/BN, katanya dalam satu kenyataan media.

Dengan itu, BN dapat terus berlawan dengan Amanah, manakala Pas dapat menggerakkan pengundinya untuk mengundi dan menangkan calon Umno/BN.

Sebaliknya,  kata beliau, “Umno/BN menarik diri serta melepaskan kerusi Kuala Kangsar kepada Pas untuk berlawan dengan Amanah dan mengerakkan pengundi BN  mengundi dan menangkan calon Pas.”

“Tindakan itu ‎akan lebih mudah difahami dari isyarat yang sukar kepada pengundi mengenai perihal itu,” tambahnya.

“Dan ini akan lebih menguntungkan dari kedua dua parti terus berlawan yang berkemungkinan ada parti tak menang langsung pada PRK ini,” katanya.

Katanya lagi, hanya ketakutan pimpinan Pas dan Umno sahaja yang menghalang cadangannya  untuk PRK ini.

Katanya, mungkin selepas PRK mereka perlu berniat dan berazam membuang ketakutan untuk bersatu. – Sarawakvoice.com