Ramai berjaya kerana hasil titik peluh guru, kata Najib

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri berkata kejayaan pelajar ialah kejayaan mereka, dan kini ramai golongan berjaya ialah hasil titik peluh guru yang amat berdedikasi dan sentiasa meletakkan pembelajaran dan perkembangan pelajar sebagai yang paling utama.

Datuk Seri Najib Razak berkata demikian dalam catatan Facebooknya, semalam.

Pelancaran Hari Guru peringkat kebangsaan dengan tema ‘Guru Pembina Negara Bangsa’ dilancarkan oleh Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi di Kota Kinabalu, semalam.

Datuk Seri Najib Razak berkata: “Saya masih ingat dahulu waktu saya belajar, guru-guru ketika itu amat tegas tetapi penuh kasih sayang dalam membentuk sahsiah diri pelajar.”

Justeru, beliau berkata: “Sempena Hari Guru, sama ada kita telah berpuluh tahun meninggalkan pekarangan sekolah ataupun masih menelaah dalam bilik darjah, marilah sama-sama kita menghargai jasa dan pengorbanan golongan pendidik ini.” – Sarawakvoice.com

13237671_10153510223905952_2528775152158145879_n