Rebut tiket murah AirAsia serendah RM39 termasuk cukai mulai hari ini

KUALA LUMPUR:  AirAsia menawarkan tambang serendah RM39 sehala termasuk cukai ke beberapa destinasi termasuk Johor Baru, Pulau Pinang, Alor Setar, Kuala Terengganu dan Kota Baru semasa promosi seminggu bermula esok.

“Tempoh perjalanan bagi promosi ini ialah dari 1 Oktober 2016 hingga 22 Mei 2017 dan boleh didapati di aplikasi mudah alih AirAsia di peranti iPhone dan Android serta laman mobile.airasia.com,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Syarikat penerbangan tambang rendah itu juga menawarkan tambang bermula dari RM99 sehala, termasuk cukai bagi destinasi antarabangsa seperti Siem Reap, Pattaya dan banyak lagi.

Selain ke Kemboja dan Thailand, destinasi lain ialah Shantou (China) daripada hanya RM189; Goa (India) dari RM259;Xi’an (China) dari RM249 dan Osaka RM599.

Mereka yang hendak ke destinasi baharu Auckland (New Zealand), tiket  yang ditawarkan hanya bermula dengan RM599.

Tiket boleh dibeli hingga 24 April, dengan tempoh penerbangan ke destinasi digariskan dari 1 Oktober  hingga 22 Mei tahun depan.

Katanya: “AirAsia menawarkan perkhidmatan ke lebih 100 destinasi di 22 negara dan dengan tambang promosi sepanjang seminggu ini, kami pasti lebih ramai akan menikmati rancangan perjalanan terbaik.” – Sarawakvoice.com