2 maut ditembak di Kota Kinabalu, pacuan empat roda mangsa didaftar di Sibu

KOTA KINABALU: Dua lelaki ditemui mati dipercayai ditembak pembunuh upahan dalam sebuah pacuan empat roda di tepi Jalan Kolam dekat Luyang, di sini, jam 8.15 pagi tadi.

Mangsa dipercayai ditembak dari jarak dekat oleh dua suspek yang menunggang sebuah motosikal ketika berhenti di hentian lampu isyarat di Foh Sang.

Lapan das tembakan dilepaskan bertalu-talu pada tingkap bahagian pemandu Toyota ” Ninja King” Land Cruiser menyebabkan pemandu dan penumpang kenderaan tersebut mati serta-merta.

Mangsa kemudian dikenali sebagai Ting Wen Hou, 23 dari Sungai Merah, Sibu, Sarawak manakala seorang lagi mangsa, Hii Lam King, 36 dari Bandar Utama, Petaling Jaya, Selangor.

b0ad28be-e4dc-432c-89e9-a6c9ae69bd15
Hii Lam King
054e8f8d-a37c-41ba-9747-d0d58e8ccc90
Ting Wen Hou

Ketika ini, pihak polis dan unit forensik IPD Kota Kinabalu masih menjalankan siasatan lanjut mengenai kes ini.

Semakan kenderaan mendapati pacuan empat roda tersebut didaftarkan atas nama sebuah syarikat di Sibu, Sarawak.

 

 

tembak kk tembak kk 2 tembak kk 3 tembak kk 4