Tiga wanita muda dari Kapit, Serian antara mangsa nahas ngeri di Kulai, Johor

KULAI: Tiga wanita muda dari Sarawak merupakan antara mangsa dalam kemalangan ngeri yang membabitkan sebuah van kilang dan lori pasir di Jalan Seelong-Kempas-Ulu Tiram, Senai semalam.

Van terbabit hilang kawalan ketika menuju selekoh dan bertembung dengan lori sekali gus mengorbankan tujuh orang dengan sebahagian mereka tercampak keluar dari kenderaan itu.

kemalangan di kulai-0004

Ada daripada mangsa berada dalam keadaan berlumuran darah, dan segera dialihkan oleh orang awam ke tepi jalan, bagi mengelakkan dari dilanggar kenderaan lain.

Kejadian itu menggemparkan penduduk di sekitar, dan menarik perhatian para pengguna jalan raya yang lalu di kawasan terbabit.

Sebahagian daripada mereka yang menyaksikan keadaan mayat, tidak dapat menahan sebak.

Mangsa terbabit dikenali sebagai Lumie Deyo, 30 tahun dari Serian yang meninggal serta-merta di tempat kejadian.

Manakala dua orang lagi, Florina Tihong, 24 dari Serian dan  Victoria Iring, 21, dari Rumah Ragai Nanga Balang Gaat, Kapit parah dihantar ke hospital.

4922bc1f-4e87-499a-92e2-3636de832482

c1e17335-9313-4662-b460-e8d6a963ca11

Pemandu lori pula, tersepit dalam ruang pemandu, dan bomba terpaksa menggunakan alat hidraulik untuk mengeluarkannya.

kemalangan di kulai-0001

Menurut saksi, mayat bergelimpangan di atas jalan, dengan ada yang tersepit dalam van yang remuk.  Dentuman akibat pertembungan dua kenderaan itu dapat didengar oleh pengguna jalan raya lain dalam kejadian awal pagi  itu.

Kedua-dua mereka dipercayai sedang dalam perjalanan ke tempat kerja di V.S. Electronics Sdn Bhd, yang terletak di Senai.

seelong ke vs map-0000

Sebelum itu, van yang dinaiki mereka turut mengambil lima penumpang lain, juga dari kilang yang sama di Taman Rinting, Masai.

V.S Electronics Sdn. Bhd.
V.S Electronics Sdn. Bhd.

Bagaimanapun dalam keadaan gelap sekitar jam 6 pagi, van yang dipandu R. Shanmugam, 26 tahun, dipercayai terbabas ke laluan bertentangan, sebelum bertembung dengan lori pasir yang dipandu Abdul Roni Awang, 41 yang menuju ke arah Senai.

Kesemua mangsa yang maut dihantar ke Hospital Kulai untuk bedah siasat. Manakala mangsa yang cedera dihantar ke Hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru untuk rawatan lanjut.

Ketua Polis Daerah Kulai, Superintendan Razak Md Said berkata, nahas ini akan disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat Kulai, Norarasyil Azim Norahmat berkata, pihaknya menerima maklumat berhubung kejadian jam 6.16 pagi.

Tindakan segera diambil  dengan menghantar sebuah jentera bersama-sama tiga anggota, bergegas ke tempat kejadian.

“Van kilang dari arah Kampung Maju Jaya menghala ke Senai itu dipercayai tidak menyedari laluan di hadapan ialah selekoh sebelum ia bertembung dengan lori pasir tanpa muatan dari arah bertentangan,” katanya kepada media.

Anggota bomba kemudiannya bertindak membersihkan sisa-sisa kemalangan di lokasi berkenaan.

Ramai anak muda dari Sarawak mencari rezeki di Johor dan Singapura dengan sebahagian mereka bekerja di kilang-kilang. Difahamkan terdapat sekitar 35,000 orang Dayak berada di Johor. – Sarawakvoice.com

kemalangan di kulai-0005

kemalangan di kulai-0000 kemalangan di kulai-0002 kemalangan di kulai-0003 kemalangan di kulai-0000