Asyik main judi ikan, polis Miri cekup 3 warga asing

MIRI: Tiga lelaki warga asing dicekup ketika asyik bermain mesin permainan judi ikan dalam serbuan di sebuah premis di Pujut dekat sini, malam tadi.

Dalam serbuan jam 9.30 malam itu menahan lima pelanggan dan tiga penjaga premis berusia 17 hingga 62 tahun, termasuk tiga warga asing dari Brunei dan China.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah IPK Sarawak Senior Asisten Komisioner Dev Kumar, berkata dua serbuan berasingan dibuat malam tadi oleh D7 IPK Sarawak.

Katanya, satu di Pujut dengan merampas lima mesin permainan judi ikan dan wang dipercayai hasil pertaruhan sebanyak RM400.

IMG-20160326-WA0000

“Serbuan kedua pada jam 10.40 malam di Pusat Komersial Bintang Jaya dekat sini dengan merampas empat mesin permainan judi ikan.

“Lima lelaki penjaga premis berusia 17 hingga 28 tahun ditahan,” katanya.

Menurut Dev, nilai mesin permainan judi ikan yang dirampas dianggarkan sebanyak RM225,000.

Katanya,  semua yang ditahan dibawa ke Balai Polis Pusat Miri untuk tindakan lanjut.

“Pemilik premis akan disiasat mengikut Seksyen 4B(a) Akta Rumah Judi Terbuka  1953 dan Seksyen 5(2) Ordinan Hiburan , manakala pelanggan akan disiasat mengikut  seksyen 6(1) Akta Rumah Judi Terbuka 1953,” katanya. – Sarawakvoice.com