Dua premis digempur di Miri, 18 individu, 4 pelajar tahi judi ditahan

MIRI: Polis Sarawak semalam menggempur dua premis perjudian di bandar raya ini dan menahan 18 individu, termasuk empat pelajar yang leka berjudi.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Sarawak, SAC Dev Kumar berkata, dalam serbuan pertama pihaknya berjaya menyita dua mesin judi dan merampas wang tunai berjumlah RM920.

” Enam individu berusia di antara 17 hingga 20 tahun turut dicekup di kawasan komersial Morsjaya itu,” katanya.

judi di miri

Manakala dalam operasi kedua bertempat di Medan Selera Batu Niah, pasukan yang sama telah menyita tiga buah mesin judi ikan dan menahan 16 individu berumur dalam lingkungan 18 dan 47 tahun.

” Nilai rampasan dalam kedua-dua serbuan ini dianggarkan berjumlah RM66 ribu,” jelas Dev ketika dihubungi sarawakvoice.com.

Menurutnya, intipan IPK Sarawak mendapati terdapat segelintir pegawai dan anggota polis di daerah-daerah terlibat dengan membenarkan aktiviti judi seumpama ini dijalankan.

” Oleh itu, pihak kami akan lebih kerap turun padang bagi memastikan tiada balai yang pekak telinga dan buta mata,” tegasnya.

Operator premis yang ditahan akan disiasat di bawah Seksyen 4B, Akta Rumah Judi Terbuka 1953 manakala pelanggan disiasat di bawah Seksyen 6 (1) Akta Rumah Judi Terbuka 1953. – SARAWAKVOICE.COM

judi mirii_0000 judi mirii_0001