PAS bentuk blok politik ketiga gempur BN menjelang  PRU 2018

KUALA LUMPURA:  Bagi menghadapi perubahan landskap negara, PAS  akan mewujudkan blok politik ketiga  pada Jumaat minggu depan, kata Setiausaha Agung PAS,

PAS  bakal menggabungkan sebuah parti pelbagai etnik dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) bagi menghadapi pilihan raya umum 2014.

Screen Shot 2016-03-10 at 3.00.46 PM“Ia gabungan pembangkang. Kami ada kuasa ketiga. Di Malaysia ada lebih 20 parti politik berdaftar… ada milik satu kelompok, dan ada parti milik satu bangsa,” katanya.

“Kami akan jemput anda nanti, pada 16 Mac,” kata Datuk Takiyuddin Hassan  kepada pemberita di lobi Parlimen hari ini.

Pengumuman lanjut tentang gabungan baharu pembangkang itu, sekali gus menyisihkan kerjasama dengan DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR), sesuatu yang dianggap penganalisis politik membuktikan parti Islam itu bagai berpatah arang dengan bekas sekutunya.

PAS  bersendirian dan tidak lagi bersama gabungan pembangkang Pakatan Harapan, terdiri daripada DAP, PKR, dan kemudiannya Parti Amanah Negara (Amanah) selepas pakatan pembangkang berakhir.

Anggota parlimen Kota Bharu itu enggan mendedahkan parti sekutu yang bakal memetrai memorandum persefahaman (MoU) dengan parti Islam itu, namun memberitahu bahawa UMNO atau parti disokong parti Melayu itu tidak akan dijemput menyertainya.

Pada  Pilihan Raya Umum lalu,  Barisan Nasional (BN) menang di 133 kerusi Parlimen, manakala Pakatan Rakyat dianggotai PAS, DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) mendapat 89 kerusi parlimen.

Pembangkang perlu menguasai  112 kerusi Parlimen bagi membentuk kerajaan, manakala 148 kerusi perlu dimenanginya untuk mendapat majoriti  dua per tiga dalam Parlimen.- SarawakVoice.com