Berakhirnya riwayat 400 pelacur di Jakarta

JAKARTA: Terdapat dalam lingkungan  400 orang pelacur atau pekerja seks komersial ‘menjual diri’dan menjaja seks di kawasan Kalijodo, Jakarta.

Isnin 29 April, kawasan yang terkenal dengan pekerja seks itu diroboh. Semua itu, kerana tindakan tegas Gabenor Jakarta .

Kawasan pelacuran yang mulai beroperasi pada dekad 60-an,  kini mendapat liputan media Indonesia.

Kalijodo merupakan kawasan golongan kelas rendah, termasuk buruh kasar dan pekerja kapal melampiaskan nafsu. Kerana di situ dengan hanya RM20, mereka dapat mencari cewek untuk berkencan.

Golongan berduit cari pelacur di hotel 5 bintang

Golongan berduit, tidak akan ke situ. Mereka mencari pelacur kelas atas di hotel-hotel dan kelab malam.

Ya, mata pencarian kebanyakan pelacur  kebanyakannya  perempuan dari luar ibu kota Indonesia itu. Ratusan pelacur di situ melayan lelaki hidung belakang di kamar-kamar yang tersedia, dengan bayaran kurang daripada RM30, untuk tempoh setengah jam.

Lagi banyak pelanggan, lagi banyak wang yang masuk.  Bergantung kepada stamina pelacur terbabit.

Kawasan ini tidak pernah tidur. Ia dibuka 24 jam.

Selain pelacur, kawasan ini juga banyak samseng atau preman. Malah, ada seorang ketua samseng yang melindungi kegiatan pelacuran di situ. Kawasan ini terkenal dengan kegiatan perjudian dan tempat minum minuman keras.

Ada pelacuran adalah samseng

Adanya samseng di situ, kerana adanya pelacuran dan perjudian.

“Samseng ada di sana karena ada pelacuran dan perjudian,” kata Arman Sasongko yang saya temui tidak jauh dari kompleks tersebut.

Meski malam sudah tua,  kehidupan di lorong-lorong  atau gang sempit di Kalijodo terus berdenyut di ibu kota 12 juta jiwa itu. Ironinya, terdapat juga surau, masjid dan gereja di situ.  yang didiami sekitar 3,500 orang penghuni, termasuk pekerja seks itu.
Kalijodo  meliputi Utara Jakarta dan Jakarta Barat, dan ia mempunyai 300 bangunan, dengan lebih 50 kafe serta pub.  

Pada dekad 50-an, etnik Cina Jakarta, berpusu-pusu ke situ bersama-sama kaum peribumi, kerana airnya bersih, dan kawasan itu diliputi pokok merimbun.

Banyak penghuni yang membantah kawasan itu digusur, karena banyak warga peribumi mendiaminya, yang tidak ada kaitannya dengan kegiatan pelacuran. Namun, suara sedemikian sayup-sayup ditelan muzik dunia malam, dan suara pemimpin besar.

Ada daripada mereka sudah tinggal di kawasan kumuh itu sejak 1950-an.  Dulu kawasan itu dikenali sebagai Kebun Pisang, menandakan ia kawasan kediaman penduduk kampung yang menanam pisang, tetapi kemudiannya bertukar menjadi Kalijodo.

jakarta

Hentakan muzik bercampur dengan aroma perfum dan minuman keras, berkumandang  sampai dinihari.

Jika anda pernah ke sana, anda pasti akan bersua dengan perempuan muda duduk berjejer di bangunan rumah yang ditukar menjadi bar.

Gabenor Jakarta Basuki Tjahja Purnama yang lebih dikenali dengan nama julukan, Ahok sudah lama mempunyai rancangan untuk membongkar Kalijodo.

Kata Ahok, “Kalijodo sudah dirancang untuk dirobohkan sejak lama. Setelah Kalijodo, mungkin ada kawasan jalur hijau akan juga digusur secepatnya seperti Alexis, Kota Indah, dan PP yang Ahok harus konsisten pada janjinya.  Penggusuran ini juga dimaksudkan untuk memanusiakan warga yang ada kerana mereka diberi penggani tempat tinggal , iaitu rumah apartmen,” seperti dilaporkan Kompasiana.com

Banyak spekulasi yang membincangkan  bahawa Ahok menggunakan Kalijodo sebagai panggung politik untuk mencari dukungan pada kalangan Islam, kerana dia dispekulasikan mahu mencuba nasib dalam pilihan raya.

Walaupun sebetulnya Gabenor Jakarta itu berkata, dia setuju adanya pelacuran, “dengan syarat khusus”, tetapi undang-undang yang ada tidak memperbolehkan.

Penguni dan pemilik bangunan telah diberi peringatan beberapa kali, tetapi kerana untung besar hasil kegiatan haram itu, mereka tidak mempedulikan segala arahan tutup.

Awal minggu ini, puluhan jentolak menggusurkan kawasan itu. Merobohkan dan membenamkan segala kegiatan di situ. Tetapi, Kalijodo tetap akan tinggal dalam lipatan sejarah sebagai kawasan hitam. – SarawakVoice.com