Salleh Keruak: WSJ benarkan dirinya diperalat

Serangan berterusan The Wall Street Journal (WSJ) ke atas Malaysia dan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak adalah berdasarkan dakwaan yang tidak berasas dan sumber tanpa nama yang mungkin tidak langsung wujud, merupakan contoh klasik kewartawanan tidak bertanggungawab yang ekstrem. Ia menjadi semakin jelas bahawa WSJ telah membenarkan dirinya untuk digunakan sebagai saluran bagi kempen anti-Najib.

Artikel mutakhir yang membangkitkan dakwaan lama mengenai siastan Switzerland ke atas kononnya syarikat yang dikaitkan dengan 1MDB, tetapi gagal untuk menyebut fakta bahawa Peguam Negara Switzerland telah menjelaskan bahawa Perdana Menteri tidak terlibat langsung.

Mereka mendakwa kononnya “Seorang pegawai Saudi berkata kementerian kewangan dan kementerian luar negara itu tidak tahu menahu mengenai derma berkenaan dan pemindahan wang ke dalam akaun bank peribadi seorang pemimpin asing tidak pernah berlaku sebelum ini” – langsung tidak mempedulikan hakikat bahawa Menteri Luar Saudi telah menyatakan yang derma itu memang datang dari negaranya!

Kenapa WSJ tidak menghiraukan butiran penting seperti ini, yang amat mustahak terhadap mana-mana laporan tidak berat sebelah mengenai berita ini? Sebab mereka tidak berminat untuk menjadi tidak berat sebelah, apatah lagi untuk mematuhi etika dalam kewartawanan. Mereka amat komited – sama ada untuk ditipu atau kerana mahu mengikut agenda mereka sendiri – bagi memburuk-burukkan Malaysia dan kerajaan yang dipilih secara demokrasi.

Dan WSJ bergantung kepada siapa sebenarnya untuk mendapatkan maklumat mereka? Mereka mendakwa kononnya mendapat tahu daripada “seorang menteri kabinet,” “seorang pegawai Saudi” dan versi ekstrem laporan Ketua Audit Negara “tahun lepas” yang mereka dakwa dibocorkan kepada mereka. Di mana bukti semua ini? Bagaimana untuk kita tahu yang orang berkenaan wujud? Bagaimana kita tahu bahawa laporan itu tulen dan bukan palsu? – SARAWAKVOICE.COM